Dipercayai Gleneagles, Pathlab & klinik di seluruh Malaysia

Skrin Digital Klinik Malaysia
Bilik Menunggu Yang Berjalan Sendiri

Skrin digital klinik di Malaysia, bermula RM1,499 sekali bayar. Terus berfungsi walaupun internet putus.

WhatsApp Sebut Harga Percuma Lihat Pakej & Harga →

Bayaran sekali. Tiada bayaran bulanan. Bermula RM1,499.

Pemasangan Sebenar di Klinik & Makmal

Skrin SmartScheduler yang sedang beroperasi di klinik dan makmal diagnostik di Malaysia.

Apa Yang Klinik Sebenarnya Perlukan Daripada Skrin Bilik Menunggu

Skrin di bilik menunggu sepatutnya berjalan sendiri. Kakitangan klinik dah cukup banyak benda nak uruskan.

Berfungsi luar talian

Kandungan disimpan dalam media player Windows, bukan di awan. WiFi putus atau rangkaian hospital perlahan, skrin terus main.

Guna fail sedia ada

Poster MOH, brosur PDF dan gambar terus dimainkan pada Windows. Tak perlu tukar format atau pereka grafik.

Jadualkan ikut tarikh dan masa

Letak notis Hari Raya pada Isnin, ia hilang sendiri pada Ahad. Kandungan musim denggi mula dan berhenti sendiri.

Berbilang cawangan dari satu log masuk (multi-branch remote control)

Pathlab urus 35 cawangan dari satu akaun SmartScheduler. Notis MOH baru sampai ke setiap skrin digital klinik dalam kurang dua minit.

Contoh Jadual Bilik Menunggu Klinik Sebenar

Bagaimana klinik GP atau pakar di Malaysia biasanya jalankan SmartScheduler dari 8 pagi hingga 9 malam. Set sekali, dan ia berjalan setiap hari tanpa tindakan kakitangan.

Setup sekali sahaja. Letak poster MOH baru ke dashboard dan semua cawangan dikemas kini serentak. Tak perlu cetak.

Nombor Giliran Pada Skrin Bilik Menunggu

Kebanyakan kakitangan kaunter hadapan klinik tanya soalan yang sama: "adakah skrin boleh paparkan sistem nombor giliran kami?" SmartScheduler tiada fungsi nombor giliran. Ini cara yang berfungsi.

Pilihan 1: Layar Queue (produk awan berasingan)

Paparan nombor giliran dijalankan melalui Layar Queue, produk awan berasingan. Staf tekan Next pada telefon, TV tunjuk nombornya.

Pilihan 2: Halaman web sistem klinik anda

Jika sistem klinik anda ada halaman web paparan giliran, seperti ClinicMaster atau Vcare, SmartScheduler boleh mainkannya. Nombor datang dari sistem anda.

Pilihan 3: Skrin separuh-separuh (halaman web + kandungan)

Separuh skrin untuk halaman web sistem klinik, separuh lagi kandungan kesihatan. Pesakit nampak nombor, peringatan vaksin dan promosi anda.

Pathlab guna satu jadual kandungan pusat di 35 cawangan untuk kandungan kesihatan berputar. WhatsApp kami jika anda mahu lihat bagaimana ia disetkan sebelum membuat keputusan.

Klinik & Kemudahan Perubatan Yang Guna SmartScheduler

Dari klinik GP satu cawangan ke rangkaian hospital di seluruh Malaysia.

Gleneagles Hospital Johor

Paparan bilik menunggu dan lobi di seluruh hospital

Hospital

Pathlab

35 cawangan di seluruh Malaysia pada satu akaun pusat

Makmal Diagnostik

Blanc Dental Clinic

Pendidikan pesakit dan promosi perkhidmatan di kawasan menunggu

Klinik Pergigian

Dr. Claudia Mediskin

Kandungan rawatan dan penjagaan kulit dijadualkan ikut kempen

Klinik Estetik

Farmasi Lautan

Promosi produk farmasi dikemas kini dari ibu pejabat

Farmasi

Harga Untuk Klinik

Bayaran sekali. Tiada bayaran bulanan. Tiada kontrak.

Kebanyakan klinik mula di sini
RM 1,499 / skrin

Tambah penjadualan pintar pada TV bilik menunggu sedia ada anda. Tidak perlu tukar skrin.

  • Boleh guna mana-mana TV (HDMI)
  • Media player Windows disertakan
  • Dashboard web: kemas kini dari mana-mana
  • Jadual mengikut tarikh, masa & hari
  • Berfungsi luar talian: tiada keperluan WiFi
  • Caj penghantaran dan pemasangan dalam sebut harga
  • Sokongan WhatsApp termasuk
WhatsApp Sebut Harga Lihat Semua Pakej →

Perlukan skrin komersial baru? Pakej Kawalan Pusat RM3,999 (standee Windows 32 inci) termasuk skrin, media player dan SmartScheduler, dengan harga pukal untuk 3+ skrin.

Soalan Lazim Dari Pemilik Klinik

Bolehkah skrin paparkan kandungan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina?

Boleh.

SmartScheduler berjalan di Windows, jadi fail dalam apa jua bahasa dipaparkan dengan betul. Setiap poster boleh dijadualkan pada slot masa sendiri.

Atau giliran bahasa: 8 saat BM, 8 saat English, 8 saat Cina.

Apa berlaku pada skrin bilik menunggu jika internet putus?

Tiada apa berubah.

Kandungan disimpan dalam media player, jadi skrin terus main ikut jadual. Internet cuma perlu bila anda hantar kandungan baru.

Kami sudah ada TV dalam bilik menunggu. Perlu tukar?

Tidak. TV anda kekal.

Pakej RM1,499 berfungsi dengan mana-mana TV atau monitor yang ada port HDMI. Kami bekalkan media player Windows dan setkan semuanya.

Berapa lama proses pemasangan dan adakah ia ganggu klinik?

Biasanya 30 hingga 45 minit.

Media player disambung ke TV melalui HDMI dan perlu satu soket kuasa berdekatan. Kebanyakan setup tidak perlu gerudi.

Pasukan kami pasang di klinik anda pada masa yang tidak ganggu pesakit.

Kami ada 6 cawangan klinik. Boleh ke uruskan semuanya dari satu tempat?

Boleh. Satu dashboard web untuk semua cawangan.

Hantar notis yang sama ke semua cawangan sekali gus, atau kandungan berbeza ikut cawangan. Pathlab guna cara ini di 35 cawangan.

Adakah waranti termasuk?

Ya. Perkakasan PC dilindungi 2 tahun, termasuk media player Naik Taraf TV RM1,499.

Panel paparan dilindungi 1 tahun. Liputan lanjutan boleh diminta.

Boleh staf kaunter tukar notis tanpa sentuh PC?

Dengan SmartScheduler, perubahan dibuat di PC yang menyambung ke skrin.

Dengan cara ini, skrin ruang menunggu terus main walaupun talian klinik terputus.

Mahu tukar notis guna telefon? Layar ialah platform awan dari Malaysia, bermula RM19 sebulan, dengan pelan percuma.

Lain-Lain Penyelesaian Papan Tanda Digital

SmartScheduler digunakan di pelbagai industri di Malaysia.

WhatsApp Sebut Harga