Dipercayai oleh Issen Wagyu Omakase, Locca Cafe & restoran di seluruh Malaysia

Papan Menu Digital Malaysia
Tukar Harga Dari Telefon — Tiada Bayaran Bulanan

Papan menu digital untuk restoran dan kafe Malaysia. Bayar sekali RM1,499, tiada bayaran bulanan. Boleh guna TV sedia ada. Tukar menu dari telefon, tidak perlu cetak semula.

WhatsApp Sebut Harga Percuma Lihat Pakej & Harga →

Bayaran sekali. Tiada bayaran bulanan. Bermula RM1,499.

Mengapa Restoran & Kafe Tukar Ke Papan Menu Digital

Setiap kali anda cetak menu kertas, anda bayar percetakan. Setiap kali harga berubah, anda buang yang lama. Papan menu digital kerjanya sekali — selepas itu hanya kemas kini.

Tukar harga dari telefon anda

Tukar harga kopi, tambah menu set lunch, atau jalankan promo Hari Raya — semua dari telefon. Tidak perlu panggil tukang cetak, tidak perlu tunggu staf design tukar.

Menu bertukar mengikut waktu

Sarapan dari 7 pagi, menu lunch dari 11 pagi, dinner promo dari 6 petang. Skrin tukar sendiri secara automatik — kakitangan tidak perlu berkali-kali pegang skrin pada waktu sibuk.

Boleh guna TV sedia ada

Mana-mana TV dengan port HDMI boleh digunakan. Kami bekalkan media player Windows yang plug terus ke TV anda. Tidak perlu beli skrin baru kecuali TV anda sudah uzur.

Berfungsi walau internet terputus (works offline)

Kandungan disimpan dalam media player. Kalau WiFi mati, kalau bil Unifi terlewat — skrin digital signage anda terus mainkan menu. Internet hanya untuk hantar kemas kini baru.

Bagaimana Ia Berfungsi Untuk Restoran Anda

Lima langkah. Hampir semua restoran selesai siap dalam satu pagi.

  1. Sambung Windows mini PC ke TV anda melalui HDMI. Mini PC kos sekitar RM200–400 (kami boleh bekalkan).
  2. Pasang perisian SmartScheduler — sekali bayaran RM1,499, lesen seumur hidup.
  3. Muat naik menu anda dalam dashboard web. Boleh guna gambar Canva, JPG, PDF, atau video. Tidak perlu kemahiran design.
  4. Jadualkan kandungan — menu sarapan dari 7 pagi, lunch dari 11 pagi, dinner dari 6 petang. Atau tetapkan promo end-month sekali sahaja.
  5. Kemas kini bila perlu — dari telefon anda, dari mana-mana sahaja. Tukar harga, tambah menu baru, jalankan promo Hari Raya.

Tiada bayaran bulanan. Tiada perjanjian kontrak. Anda bayar sekali, anda miliki sistem itu — kalau anda berhenti guna pun, perisian tetap ada di komputer anda.

Apa Yang Boleh Anda Paparkan

Bukan sekadar gambar menu — papan menu digital boleh jalankan banyak perkara untuk restoran anda.

Menu lengkap dengan harga

Tukar harga bila-bila masa tanpa cetak semula. Tambah menu baru sebagai item tersorok dahulu, kemudian publish bila siap.

Special harian & combo

Combo lunch RM12.90 dari 11 pagi hingga 3 petang. Set dinner dari 6 petang. Combo bertukar sendiri — tidak terlepas, tidak terlebih.

Promosi & ganjaran

Happy hour, item baru, kad kesetiaan, ganjaran ulang pelanggan. Tetapkan tarikh mula dan tarikh habis sekali — sistem uruskan sendiri.

Waktu operasi & pengumuman

Waktu Hari Raya, hari rehat, renovation, pengumuman delivery. Letakkan dalam jadual untuk muncul pada hari yang tepat.

Restoran & Kafe Yang Guna SmartScheduler

Dari kafe satu cawangan hingga restoran omakase berbintang.

Issen Wagyu Omakase

Paparan menu kursus untuk pengalaman omakase eksklusif

Restoran Jepun

Locca Cafe

Papan menu utama dan skrin promosi harian — pemilik kemas kini sendiri dari telefon

Kafe

Temu Vegan Palace

Menu rotasi mingguan dan paparan promosi bermusim

Restoran Vegan

Harga Papan Menu Digital Untuk Restoran & Kafe

Bayaran sekali. Tiada bayaran bulanan. Tiada kontrak.

Kebanyakan kafe mula di sini
RM 1,499 / skrin

Pasang SmartScheduler ke TV sedia ada anda. Tidak perlu tukar TV.

  • Boleh guna mana-mana TV (HDMI)
  • Media player Windows disertakan
  • Dashboard web — kemas kini dari mana-mana
  • Jadual mengikut tarikh, masa & hari
  • Berfungsi walau tiada WiFi
  • Pemasangan percuma (Lembah Klang)
  • Sokongan WhatsApp termasuk
WhatsApp Sebut Harga Lihat Semua Pakej →

Mahukan skrin komersial baru? Pakej Load & Run RM3,999 termasuk skrin, media player, dan pemasangan. Sesuai untuk kaunter dengan trafik tinggi di mana kualiti skrin penting.

Soalan Lazim Pemilik Restoran

Bolehkah skrin paparkan menu dalam Bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina?

Boleh. SmartScheduler jalankan di Windows, jadi mana-mana bahasa yang ada dalam fail anda akan paparan dengan betul. Boleh muat naik menu BM untuk waktu pagi, English untuk waktu petang, atau letak sekali dalam satu gambar — terpulang kepada anda.

Restoran kami WiFi tak stabil. Adakah skrin tetap berjalan?

Ya. Kandungan disimpan dalam media player Windows. Skrin akan terus mainkan menu dan promosi yang anda dah jadualkan walaupun WiFi mati. WiFi hanya digunakan apabila anda mahu hantar kemas kini baru dari telefon.

Kami ada 3 cawangan. Boleh ke jalankan menu yang berbeza di setiap satu?

Boleh. Setiap cawangan boleh ada jadual sendiri. Cawangan A paparkan menu lokalnya, Cawangan B paparkan menu sendiri — semua diuruskan dari satu akaun. Tiada caj tambahan setiap cawangan, anda hanya bayar untuk setiap skrin.

Bagaimana kami design slide menu? Adakah anda sediakan template?

Anda yang bawa design — boleh export dari Canva, gambar telefon, PDF, atau video. SmartScheduler urus jadual dan paparan, bukan design. Kebanyakan kafe guna Canva untuk buat slide menu kemudian muat naik terus. Kalau perlukan bantuan design, kami boleh syorkan freelancer.

Adakah ada bayaran bulanan atau langganan tahunan?

Tiada. Bayaran SmartScheduler ialah sekali bayar bermula RM1,499. Tiada langganan bulanan, tiada caj per-skrin berulang, tiada pembaharuan tahunan. Bayar sekali, miliki selama-lamanya.

Lain-Lain Penyelesaian Papan Tanda Digital

SmartScheduler digunakan di pelbagai industri di Malaysia.

WhatsApp — Sebut Harga Percuma