Bayaran Sekali · Tiada Bayaran Bulanan

Harga Digital Signage Malaysia
Telus, Bayaran Sekali

Bermula RM1,499 bayaran sekali untuk pakej Naik Taraf TV. Set Lengkap USB RM2,499. Kawalan Berbilang Cawangan RM3,999 setiap skrin. Sewa harian dari RM329/unit. Tiada bayaran bulanan, berfungsi tanpa internet.

WhatsApp Sebut Harga Percuma Lihat Semua Pakej →

Bayaran sekali. Tiada bayaran bulanan. Bermula RM1,499.

Empat Pakej. Pilih Yang Sesuai.

Tiga pakej bayaran sekali untuk pemilikan, satu pakej sewa harian untuk acara. Semua harga dalam Ringgit Malaysia.

Naik Taraf TV
Sudah Ada TV
RM 1,499 / skrin
Bayaran sekali · Tiada bayaran bulanan
Tambah penjadualan kandungan kepada TV anda yang sedia ada. Tidak perlu tukar TV.
  • Boleh guna mana-mana TV (HDMI)
  • Media player Windows disertakan
  • Dashboard web: kemas kini dari mana-mana
  • Jadual mengikut tarikh, masa & hari
  • Caj penghantaran dan pemasangan dalam sebut harga
  • Sokongan WhatsApp termasuk
  • Waranti 1 tahun pada media player
WhatsApp Naik Taraf TV
Kawalan Pusat
Berbilang Cawangan
RM 3,999 / skrin
Bayaran sekali · Tiada bayaran bulanan
Standee Windows 32 inci (digital signage screen) dengan SmartScheduler dan CMS berpusat. Satu log masuk untuk multi-branch remote control semua skrin di seluruh cawangan.
  • Skrin paparan gred komersial disertakan
  • Dashboard pusat berbilang cawangan
  • Kandungan berbeza setiap cawangan, setiap slot masa
  • Satu log masuk: semua outlet
  • Caj penghantaran dan pemasangan dalam sebut harga
  • Sokongan WhatsApp termasuk
  • Waranti 2 tahun perkakasan PC
WhatsApp Berbilang Cawangan
Sewa Harian
Acara & Pop-up
Dari RM 329 / unit / hari
Sewa harian · Untuk jangka pendek
Sewa skrin untuk exhibition, pop-up, bazaar Ramadan, pelancaran produk, atau kempen jangka pendek di Lembah Klang.
  • Kemasukan bahan termasuk (maks 10 bahan)
  • Pengangkutan Lembah Klang dari RM100/perjalanan
  • Deposit boleh dikembalikan RM1,500/unit
  • Skrin sentuh +RM100/unit (pilihan)
  • Di luar 10am–6pm: dari +RM100/perjalanan
Lihat Butiran Sewa →

Bayaran Sekali vs Bayaran Bulanan: Perbandingan 3 Tahun

Perisian digital signage berasaskan awan mengenakan caj setiap skrin, setiap bulan. Inilah jumlah selepas 3 tahun.

Jenis sistem Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Jumlah 3 Tahun
Awan SaaS (RM200/bulan/skrin) RM 2,400 RM 2,400 RM 2,400 RM 7,200
Awan SaaS (RM120/bulan/skrin) RM 1,440 RM 1,440 RM 1,440 RM 4,320
Nugens Kawalan Pusat (bayaran sekali)RM 3,999 RM 0 RM 0 RM 3,999
Penjimatan vs sistem awan RM200/bulan: RM 3,201

*Harga awan berdasarkan kadar yang diterbitkan oleh platform popular. Kawalan Pusat Nugens tiada kos perisian untuk Tahun 2 atau Tahun 3. Lesen kekal selama-lamanya. Perkakasan tahan 5 hingga 8 tahun.

Soalan Lazim: Harga Digital Signage

Mengapa harga Nugens lebih murah dalam jangka panjang?

Sebab kami caj sekali sahaja. Sistem berasaskan awan caj setiap bulan, setiap skrin, kos itu berlanjutan selama-lamanya. Selepas 3 tahun, anda dah bayar dua kali ganda harga Nugens hanya untuk lesen perisian. Kami bayar perkakasan dan perisian sekali, anda miliki seumur hidup.

Adakah ada bayaran tersembunyi?

Tiada. Apa yang anda lihat ialah apa yang anda bayar. Caj penghantaran dan pemasangan dikira berasingan, dan kami beritahu jumlahnya dalam sebut harga sebelum anda membuat pesanan. Untuk sewa harian, kami pecahkan setiap caj. Tidak ada surprise dalam invois.

Apa beza Set Lengkap dan Naik Taraf TV?

Naik Taraf TV (RM1,499) untuk perniagaan yang sudah ada TV. Anda hanya beli media player + perisian, plug ke TV anda. Set Lengkap (RM2,499) untuk perniagaan tanpa TV: standee komersial USB plug and play yang dibuat untuk dijalankan berjam-jam setiap hari, bukan TV biasa rumah. Kandungan dimasukkan dengan pendrive, tanpa PC dan tanpa internet. Mahu kemas kini dari jauh? Pilih Kawalan Pusat (RM3,999).

Adakah anda tawarkan diskaun untuk peniaga banyak cawangan?

Ya. Untuk pesanan 3 skrin atau lebih, kami beri harga pukal. Pakej Berbilang Cawangan (RM3,999/skrin) sudah termasuk dashboard pusat untuk operator banyak outlet. WhatsApp kami dengan jumlah skrin dan jumlah cawangan untuk sebut harga khusus.

Bagaimana cara pembayaran?

Pembayaran sekali dibuat melalui pindahan bank atau cek atas nama syarikat selepas anda terima sebut harga rasmi. Untuk pesanan besar (10+ skrin), kami boleh strukturkan kepada milestone pembayaran: bayaran awal pada pesanan, baki selepas pemasangan selesai. Bincangkan via WhatsApp.

Adakah HRDF, SME geran, atau e-Invoice disokong?

Kami sediakan invois rasmi yang sesuai untuk e-Invois LHDN dan tuntutan SME. Untuk geran HRDF khusus, biasanya kategori latihan tidak meliputi pembelian peralatan signage. Namun jika anda mempunyai geran SME atau geran digitalisasi yang relevan, kami boleh sediakan dokumentasi yang sesuai.

Berapa lama proses pemasangan dan adakah ia mengganggu operasi?

Pemasangan biasa mengambil masa kira-kira 30 minit setiap skrin. Media player disambungkan ke TV melalui HDMI dan memerlukan satu soket kuasa berdekatan. Tiada penggerudian atau pemasangan kabel rumit untuk kebanyakan setup. Pasukan kami pasang di premis anda, dan caj penghantaran serta pemasangan dinyatakan dalam sebut harga.

Ada pilihan bayar bulanan yang lebih murah?

Ada, tetapi bukan dari kami. SmartScheduler dibayar sekali sahaja dan ia terus berjalan walaupun tiada internet. Kalau anda mahu tukar kandungan guna telefon, dan mahu mula tanpa keluar duit dahulu, itu platform awan (cloud). Layar platform awan buatan Malaysia, bermula RM19 sebulan, dengan pelan percuma untuk dicuba dahulu.

Lihat Penyelesaian Mengikut Industri

Harga sama, kandungan khusus untuk jenis perniagaan anda.

WhatsApp Sebut Harga